Harini tiada cerita hantu untuk diceritakan. Tapi harini saya nak kongsi tentang khasiat doa Nurun Nubuwah. Anda boleh lihat image bawah ini iaitu doa nurun nubuwah. Dipersilakan download image ni untuk diamalkan. Kalau tengok dalam ni agak kecik, so download dan print and baca na. Amalkan doa ni.
Okay, di sini saya akan tulis beberapa khasiat doa ni yang agak power dan mafia. kih3
Khasiat doa nurun nubuwah
1. Hajat tercapai
-Amalkan doa ini secara istiqamah maka apapun hajatnya akan segera terlaksana
2. Pelindung dari sihir
-Setiap sihir yg dihantar akan lemah dan tidak berjaya. silap2 org yg hantar tu akan makan diri oleh niat
jahatnya
3. Penyelemat dari gangguan makhluk halus
-Bilamana doa ini ditulis dan diletakkan pada tanaman,akan selamat dari hama. bilamana doa ini ditulis dan
diletakkan di bilik kita maka susah untuk makhluk halus datang mengacau dan berambus tanpa kembali
lagi.
4. Terhindar dari kekufuran
- Baca pada malam jumaat sebanyak 50 kali Insyaallah terhindar daripada kekufuran
5. Penyelamat siksa neraka
- Bilamana diamalkan doa ini setiap hari, maka akan selamat dari siksa neraka, selamat dunia akhirat dan
terhindar dari godaan syaitan
6. Ingin mimpi yang indah
- Baca pada malam sabtu sebanyak 100x insyaallah tercapai
7. Awet muda
- Baca pada malam minggu, maka boleh awet muda walau usia lanjut
8. Memberi keselamatan.
- Baca pada malam isnin, maka Allah akan beri keselamatan dan dijauhi dari malapetaka
9. Menjadi kuat
- Baca pada malam selasa, maka akan diberi kekuatan dari Allah dan jauh daripada penyakit
10. Gigitan yang kuat
- Baca pada malam rabu, maka gigi akan menjadi kuat serta jauh daripada penyakit
11. Penyeri wajah
- Baca pada malam khamis, maka wajah bertambah elok sehingga banyak wanita terpikat.Tetapi kalau
niat nak penyeri wajah nak buat jahat tak jadi. bergantung pada niat naa cik abam dan akak.
12. Binatang menjadi patuh
- Baca pada malam jumaat, maka semua binatang yang buas akan menjadi patuh terhada anda
13. Air masin jadi tawar
- Kalau berlayar tengah laut dan tersadai dan kehausan, amalkan doa ini dan hembus ke arah laut.
Insyaallah dengan izin Allah air itu akan menjadi tawar dan boleh diminum.
14. Bertemu para nabi.
- Rasulullah bersabda " Barangsiapa yg ingin bertemu dengan para Nabi, maka bacalah doa tersebut
sebanyak 100x kemudian tidur insyaAllah akan mimpi bertemu para nabi, di samping itu siapa pun yang
melihatnya akan menaruh kasih sayang, dan hendaknya tidak terhenti dalam mewiridkan doa Nurun
Nubuwwah ini hingga sampai kepada anak cucu"
15. Penyembuhan kesakitan
- Bila ada orang sakit, bacalah doa ni pada minyak(minyak kelapa sawit or yg len yg sesuai) jgn banya kat
minyak petrol sudah. kikiki. dan lepas baca tu sapu kan pada tempat yang sakit tu. Kalau lain jantina
jangan main sedap ja sapu. suruh yg sama jantina sapukan naa. kita tolong baca ja. tapi kalau sama
jantina ha sapulah nak sapu satu badan pun sapu. hehe
16. Pengasih
- Baca sekurang2nya 1 kali sehari dan semua yang mendekati anda akan menaruh kasih sayang.
17. Kuat berjalan
- Memang la sekarang kita muda kita kuat berjalan. Ni ha time tua kita pernah terfikir tak? Haa so baca
doa ini dengan ada caranya untuk kuat berjalan. Okay, baca doa tersebut pada daun sirih yang bertemu
ruasnya kemudian sapukan mulai dari kepala hingga kaki. InsyaAllah anda akan kuat berjalan walau
sejauh perjalanan yang anda tempuh tu. Ini buat sendiri pun boleh walaupun kita tiada ijazah perubatan :)
18. Pelerai ketegangan
- Bila ada orang tengah bertengkar lawan macam ultraman dengan raksasa or kita tengah bertengkar
dengan suami/isteri..haa elok sangat baca ni. Baca doa tersebut dan tiup ke arah orang yg sedang
bertengkar. kalau kita yg bertengkar tiup ke tapak tangan kita dan aminkan seperti mengaminkan doa dan
selepas itu tiup ke arah orang yang kita sedang bertengakar tu naa. tak elok bertengkar ni. so elakkan.
19. Musuh menjadi takut
- Bila anda pergi berperang(fisabilillah) bacalah doa ini dan musuh akan ketaqq lutut abaqq hang.
20. Sulit bersalin
- Kalau ada wanita yg sulit bersalin, pada doa ini pada pinggan atau mangkuk yang berisi air kemudian
bagi wanita itu minum. InsyaAllah dipermudahkan urusan bersalin tu na..
21. Sakit mata
- Baca doa ini dan tiup pada mata kawan yg sakit tu. kalau kita sakit kita baca dan tiupkan kat tapak
tangan dan sapu ke mata kita.
22. Penawar gigitan ular
- Kalau ada orang bahkan haiwan peliharaan kita macam kucing or hamster or singa.saya bela singa so
jangan buat muka pelik naa. haha! *kidding. Okay, baca doa tersebut pada tempat terkena gigitan itu dan
tiup. Haa lepastu ikhtiar la bawa p hospital. jangan baca doa ja tapi tak ikhtiar. Doa tu nak bagi kita lupa
rasa sakit terkena gigitan tu dan bagi kita bertahan. Kes camni baca doa perlu dan ikhtiar pun perlu.
23. Dimuliakan orang
- Rasulullah s.a.w bersabda " Jika kamu ingin dimuliakan oleh orang lain, maka bacalah doa Nurun
Nubuwwah."
Haaaaaaaaaaaaaaa... sekian sahaja la perkongsian ilmu yang ku belajar di kelas Darusyifa' kepada anda semua. Nanti ada lagi ilmu yang saya dapat saya tak akan simpan sorang2. Don't worry.. saya akan share kepada anda semua na.. Ingat. Khasiat doa tersebut akan jadi jika kita amalkan secara istiqamah. Kalau amalkan pun main2 and minat tak minat ja memang sukar la nak merasa khasiat doa tersebut. Okay lah. Saya Affan Mustaqim yang agak cute ini ingin meminta diri dulu. hahaha. Assalamualaikum w.b.t :)
Terima kasih...
ReplyDeleteSalam , hamba adalah seorang yang dangkal dalam ilmu , hamba nak tanya apa maksud dari pandangan manusia dan jin .. Hamba terbaca sabda nabi wallahualam betul atau tidak jika mereka menjadikan kamu ragu ragu ingatlah tuhan kamu tidak buta sebelah mata , sudah pasti tuhan boleh melihat jin dan manusia .. Dan ingatlah setelah nabi muhammad tiada lagi nabi .
ReplyDeleteTerima kasih
saya mohon ijin untuk mengamalkan
ReplyDeleteItu doa ada kekeliruan,jangan mengamalkanya sebelum menyertakan hadits yang sahih.lihat itu bahasanya...
ReplyDeleteSaya dah baca semua postingan doa nurbuat,mantaplah mudah2an berkah.
ReplyDeleteBaca dulu syarahan dibawah sebelum amal.
ReplyDeletehttp://abusyuaib.blogspot.com/2008/07/secara-umumnya-boleh-dikatakan-hampir.html?m=1
http://syarah-hadits.blogspot.com/2012/11/tentang-doa-nurbuat.html?m=1
Makasih mas artikelnyan semoga bermanfaat.
ReplyDeleteSangat membantu buat belajar tentang doa dan hadisnya.
http://www.mp3cupid.com
Download mp3 terbaru
VERSI LENGKAP DOA NURUN NUBUWWAH.
ReplyDeletehttp://datoksirkronik.blogspot.my/2016/12/amalan-doa-nurun-nubuwwah.html
Qobiltu, nuhun kang, ijin ngamal dan memberikan pada yg memerlukan.
ReplyDeleteجزاك الله ميرا كثيرا