Saturday 2 November 2013

Perubatan cara islam dan cara syaitan

Salam'alaik. Lama saya tak update blog bukan sebab terlampau busy. Tapi terlampau terlupa. hehe. Saya terlupa password blog saya. Itu pasal lah tak banyak latest update. So sekarang ni dah problem setel. Dah create new password. Harap tak lupa lg lepas ni. Hekeke.. Bukan apa,sekarang ni kan banyak laman web and sosial yg minta kita untuk sign up for new user. So saya hantam la macam2 jenis username beserta password. Banyak sangat create username serta password hahh mendapat lah bila nak ingat balik macam orang hilang ingatan ja. hehe. Okay back to our topic. Topik harini ialah perubatan cara islam dan cara syaitan. Jeng3! Saya nak share ilmu sikit pasal perubatan islam guna ayat Quran dan guna bantuan syaitan. Kalau kita berubat orang kita guna bantuan syaitan yg kita bela untuk melawan syaitan yg mengganggu pesakit,memang boleh sembuh. Tapi 1-2 hari saja lah elok lepastu sakit balik. Dan kalau kita guna bantuan syaitan untuk melawan syaitan,dia bergantung kepada level. Kalau syaitan yg kita bela tu tahap legend memang kemenangan berpihak pada kita lah. Kalau syaitan yg kita bela tu level poyo & jambu sikat rambut belah tepi,nak lawan syaitan lain pun susah. Kena ejek ja nanti. Dan kalau kita lawan syaitan menggunakan perubatan islam. Tidak kira lah ilmu kita tinggi atau rendah ka, hanya menggunakan ayat al-Quran.. Bapa segala jin pun goyang lari lintang pukang. Kalau bapa segala jin tu ada bini,mesti jin tu lari menyorok bawah kain si bininya. Tu pun kalau bininya pakai kain lah. haha! So,apa barang guna bantuan syaitan? Se-Taiko mana pun jin itu,pasti akan kalah dengan senjata umat islam iaitu doa.

Ingat, jangan sesekali minta bantuan syaitan dan menyekutukan Allah swt. Terdesak macam mana sekalipun minta bantuan kat Allah swt ja dengan penuh yakin.

Monday 28 January 2013

Khasiat doa Nurun Nubuwwah

Assalamualaikum w.b.t
Harini tiada cerita hantu untuk diceritakan. Tapi harini saya nak kongsi tentang khasiat doa Nurun Nubuwah. Anda boleh lihat image bawah ini iaitu doa nurun nubuwah. Dipersilakan download image ni untuk diamalkan. Kalau tengok dalam ni agak kecik, so download dan print and baca na. Amalkan doa ni.



Okay, di sini saya akan tulis beberapa khasiat doa ni yang agak power dan mafia. kih3

Khasiat doa nurun nubuwah
1. Hajat tercapai 
    -Amalkan doa ini secara istiqamah maka apapun hajatnya akan segera terlaksana
2. Pelindung dari sihir  
   -Setiap sihir yg dihantar akan lemah dan tidak berjaya. silap2 org yg hantar tu akan makan diri oleh niat     
    jahatnya
3. Penyelemat dari gangguan makhluk halus 
   -Bilamana doa ini ditulis dan diletakkan pada tanaman,akan selamat dari hama. bilamana doa ini ditulis dan  
    diletakkan di bilik kita maka susah untuk makhluk halus datang mengacau dan berambus tanpa kembali  
     lagi.
4. Terhindar dari kekufuran
   - Baca pada malam jumaat sebanyak 50 kali Insyaallah terhindar daripada kekufuran
5. Penyelamat siksa neraka
   - Bilamana diamalkan doa ini setiap hari, maka akan selamat dari siksa neraka, selamat dunia akhirat dan  
     terhindar dari godaan syaitan
6. Ingin mimpi yang indah
   - Baca pada malam sabtu sebanyak 100x insyaallah tercapai
7. Awet muda
   - Baca pada malam minggu, maka boleh awet muda walau usia lanjut
8. Memberi keselamatan.
   - Baca pada malam isnin, maka Allah akan beri keselamatan dan dijauhi dari malapetaka
9. Menjadi kuat
   - Baca pada malam selasa, maka akan diberi kekuatan dari Allah dan jauh daripada penyakit
10. Gigitan yang kuat
   - Baca pada malam rabu, maka gigi akan menjadi kuat serta jauh daripada penyakit
11. Penyeri wajah
   - Baca pada malam khamis, maka wajah bertambah elok sehingga banyak wanita terpikat.Tetapi kalau  
     niat nak penyeri wajah nak buat jahat tak jadi. bergantung pada niat naa cik abam dan akak. 
12. Binatang menjadi patuh
   - Baca pada malam jumaat, maka semua binatang yang buas akan menjadi patuh terhada anda
13. Air masin jadi tawar
   - Kalau berlayar tengah laut dan tersadai dan kehausan, amalkan doa ini dan hembus ke arah laut. 
     Insyaallah dengan izin Allah air itu akan menjadi tawar dan boleh diminum.
14. Bertemu para nabi.
   - Rasulullah bersabda " Barangsiapa yg ingin bertemu dengan para Nabi, maka bacalah doa tersebut 
     sebanyak 100x kemudian tidur insyaAllah akan mimpi bertemu para nabi, di samping itu siapa pun yang 
     melihatnya akan menaruh kasih sayang, dan hendaknya tidak terhenti dalam mewiridkan doa Nurun  
     Nubuwwah ini hingga sampai kepada anak cucu"
15. Penyembuhan kesakitan
   - Bila ada orang sakit, bacalah doa ni pada minyak(minyak kelapa sawit or yg len yg sesuai) jgn banya kat 
     minyak petrol sudah. kikiki. dan lepas baca tu sapu kan pada tempat yang sakit tu. Kalau lain jantina 
     jangan main sedap ja sapu. suruh yg sama jantina sapukan naa. kita tolong baca ja. tapi kalau sama 
     jantina ha sapulah nak sapu satu badan pun sapu. hehe
16. Pengasih
   - Baca sekurang2nya 1 kali sehari dan semua yang mendekati anda akan menaruh kasih sayang.
17. Kuat berjalan
   - Memang la sekarang kita muda kita kuat berjalan. Ni ha time tua kita pernah terfikir tak? Haa so baca 
    doa ini dengan ada caranya untuk kuat berjalan. Okay, baca doa tersebut pada daun sirih yang bertemu 
    ruasnya kemudian sapukan mulai dari kepala hingga kaki. InsyaAllah anda akan kuat berjalan walau 
    sejauh perjalanan yang anda tempuh tu. Ini buat sendiri pun boleh walaupun kita tiada ijazah perubatan :)
18. Pelerai ketegangan
   - Bila ada orang tengah bertengkar lawan macam ultraman dengan raksasa or kita tengah bertengkar 
     dengan suami/isteri..haa elok sangat baca ni. Baca doa tersebut dan tiup ke arah orang yg sedang 
     bertengkar. kalau kita yg bertengkar tiup ke tapak tangan kita dan aminkan seperti mengaminkan doa dan 
     selepas itu tiup ke arah orang yang kita sedang bertengakar tu naa. tak elok bertengkar ni. so elakkan.
19. Musuh menjadi takut
   - Bila anda pergi berperang(fisabilillah) bacalah doa ini dan musuh akan ketaqq lutut abaqq hang.
20. Sulit bersalin
   - Kalau ada wanita yg sulit bersalin, pada doa ini pada pinggan atau mangkuk yang berisi air kemudian 
     bagi wanita itu minum. InsyaAllah dipermudahkan urusan bersalin tu na..
21. Sakit mata
   - Baca doa ini dan tiup pada mata kawan yg sakit tu. kalau kita sakit kita baca dan tiupkan kat tapak    
     tangan dan sapu ke mata kita.
22. Penawar gigitan ular
   - Kalau ada orang bahkan haiwan peliharaan kita macam kucing or hamster or singa.saya bela singa so 
     jangan buat muka pelik naa. haha! *kidding. Okay, baca doa tersebut pada tempat terkena gigitan itu dan 
     tiup. Haa lepastu ikhtiar la bawa p hospital. jangan baca doa ja tapi tak ikhtiar. Doa tu nak bagi kita lupa 
     rasa sakit terkena gigitan tu dan bagi kita bertahan. Kes camni baca doa perlu dan ikhtiar pun perlu.
23. Dimuliakan orang
   - Rasulullah s.a.w bersabda " Jika kamu ingin dimuliakan oleh orang lain, maka bacalah doa Nurun 
     Nubuwwah."


Haaaaaaaaaaaaaaa... sekian sahaja la perkongsian ilmu yang ku belajar di kelas Darusyifa' kepada anda semua. Nanti ada lagi ilmu yang saya dapat saya tak akan simpan sorang2. Don't worry.. saya akan share kepada anda semua na.. Ingat. Khasiat doa tersebut akan jadi jika kita amalkan secara istiqamah. Kalau amalkan pun main2 and minat tak minat ja memang sukar la nak merasa khasiat doa tersebut. Okay lah. Saya Affan Mustaqim yang agak cute ini ingin meminta diri dulu. hahaha. Assalamualaikum w.b.t :)


Wednesday 23 January 2013

Syaitan Berupa wanita


10:48 pm
22/1/2013

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca ku yang setia menunggu cerita baru aku.. Okay, diingatkan bahawa cerita ini 100% benar dan tiada tokok tambah. Semuanya daripada pengalaman sendiri.
Enjoy reading :)

Aku dapat panggilan daripada taiko(abah) aku dan dia suruh aku ambil dia dan member dia kat Taiping sebab kereta member dia rosak. So dengan segeranya aku menyarungkan kain pelekat ku dan lantas keluar dari rumah. Jadi, aku pun plan taknak ikut high way tol bandar baru-taiping sebab tak menarik jalan kat situ. Aku pun ikut jalan jauh. Dari Bandar Baru ikut Kuala Kurau dan ikut jalan gelap Kuala Gula dan ikut Selinsing then sampai la Taiping. Aku ikut jalan gelap kuala gula tu dengan harapan dapat la melihat penampakan. So, enjin kereta dihidupkan dan vroom vroom menuju ke jalan gelap kuala gula.

Setelah aku melepasi jambatan kuala kurau, bermulalah jalan yang tiada lampu jalan, penuh dengan hutan kelapa sawit dan jalan yang sangat gelap. Aku yang keseorangan pun mula membaca 3-qul dan ayatul kursi untuk pendinding. Kita ni walaupun berupaya berdepan dengan setan tapi kita tidak boleh sesekali membiarkan badan kita tidak dibenteng. Jadi, aku pun membaca ayat2 yang sepatutnya dibaca. Tuan guru aku ada bagi doa nurun nubuwah kat aku. Doa ni boleh lihat raja jin. Aku nak baca doa ni tapi tak hafal lagi. Satgi main tibaiii ja baca keluar raja kapuur pulak. Tak pasai2 muka aku putih semacam ja kena kapur nanti, haha. Perjalanan sepanjang jalan gelap itu sangat panjang. Aku maintain speed aku dalam 60km/j. Tak laju tak slow sangat.

Aku amik masa yang sangat lama untuk menunggu melihat penampakan. Dalam 20min selepas aku menyeberangi jambatan kuala kurau barulah ada rezeki. Okay camni.. Time aku tengah drive aku perasan macam kain putih terbang di tepi pintu penumpang. Ku tengok la kiri tapi tak da apa2 pun. Lepas tu terbang dari atas pulak. Aku pun ushar la langit masih tak da apa2 pun. Dan aku pun fokuskan pemanduanku dan aku tengok la cermin pandang belakang dan jeng jeng jeng!!! I see you setan! Aku dapat lihat penampakan makhluk halus. Okay, rupa setan ini dia ni perempuan. Pakai tudung warna putih dan tudung depan tu tutup dahi. Rambut dia pulak panjang mengerbang tutup abis badan dia yang berbaju putih itu. Mata dia besar. Besar 3 kali ganda biji mata kita. Dan mata dia tersembul keluar. Mata dia macam mata ikan yang dah mati. Muka dia pucat macam keadaan orang mati lemas.  Dan kulit dia macam kulit buaya. Berbiji biji kat muka dia. Macam jerawat la kat muka dia tapi jenis biji biji besar punya. Dan bau si celaka tu sangat busuk Bau macam ladang sampah tu. Haktuihh! Anda boleh lihat gambar di bawah untuk mendapatkan gambaran.


# Maaf, aku tak reti melukis. Kih Kih Kih. Tapi ini la gambaran suasana ketika itu. #


Haa, itu gambaran ketika aku nampak setan tu laa. Daripada speed 60km/j aku terus slowkan  speed aku menurun hingga 20km/j. Tok guru aku pesan jangan dok ushar tajam lama2 mata setan tu sebab aku baru belajar(darusyifa') takut nanti jadi benda yang tak diingini. Aku pun tak tau napa dia pesan kat aku macamtu nanti aku akan dapatkan penjelasan dari dia. So,aku ejas cermin pandang belakang aku tepat ke arah setan tu. Aku pun cakap 'hang nak buat penampakan hak hang. Hang nak duduk dalam kereta aku ka apa semua tu aku tak kacau hang. Tapi kalau hang serang aku, aku pun akan melawan dengan ayat2 al-quran'
Dalam 1-2min dia diam ja lepastu dia menangis. Lepas dia menangis tu dada aku terus sakit dan perut aku rasa macam orang tekan kuat2. Time tu aku tak leh nak bernafas dengan steady dan tak dapat bawak kereta dengan cermat. Aku pun bertindak membaca doa penghindar syaitan dan ayatul kursi 9 wakaf.  Tetapi bila aku nak baca aku rasa lagi sakit. Bila nak start baca balik lagi padu aku kena serang.

Lepastu aku teringat pesan tuan guru aku "pergerakan makhluk halus ni sepantas kilat.kalau jumpa jangan lari tapi bersemuka dan hambat buang jauh". Setelah mengingati ayat2 hikmat tu aku pun memberhentikan kereta aku di tengah jalan yang memang sunyi tu dan amik air mineral dan minum. Aku tarik nafas dalam2 dan aku mula lawan balik. Kalau tadi bila aku baca aku rasa sakit. Tapi kali ni bila aku nak baca aku jadi lupa ayat tu. 2 kali aku baca tapi bila nak habis ayat yg aku nak baca tu aku jadi lupa. Kali ketiga aku cuba baru boleh. Baru lancar. Dan lepas aku baca ayatul kursi 9 wakaf aku pun dengan sekuat hati dan penuh perasaan marah terhadap setan itu aku menghembus dengan kuat ke arah setan itu. Time aku baca ayatul kursi 9wakaf tu setan tu dok menjerit. Dan memang aku tak dapat nafikan memang meremang semua bulu yang ada kat aku. hehe~ Lepas ja aku tiup dia terus hilang dari pandangan aku. Lepas ja kelibat setan tu hilang aku pun rilex sat tengah jalan tu minum air mineral bagi habis baru sambung drive.

Setelah sampai kat taiko, aku terus kena beleter. Sebab lambat sangat sampai. Lepastu taiko tanya aku 'awat lambat sampai?'. Dan aku pun jawab la ikut jalan kuala gula saja ronda2. Then dengan selamber taiko ku jawab 'hg ni tak abis2 dok cari hantu. Bagi kawin dengan hantu la senang hg ni. Nk bwak ubat kat sapa pun xtau nak ubah hobi hg ni, aku pun tersenyum kambing dengar dia berleter macam tu. Kami pun pulang selepas aku dah amik taiko aku. So, itulah ceritanya.. So, di sini saya ingin berpesan kepada semua kalau kita terjumpa setan. Jangan lari dan takut dan menangis gila2 hingga kita boleh dimasukinya. Kalau jadi macam tu kita rilex. Kalau tengah bawa kereta kita stop kereta. Kalau tengah bawa moto park moto dan turun dari moto dan gunakan senjata kita. Okay saya nak bagi tips. Baca ayatul kursi 9 wakaf dan doa penghindar syaitan. Lepas habis baca kita tiup dengan kuat ke arah setan itu. Comfom hilang. Kalau setan tu tak hilang dia akan terbakar depan kita. 
Jadi, sampai situlah cerita ku. Terima kasih kerana sudi membaca. Salam w.b.t

Tuesday 15 January 2013

Peristiwa bersejarah 2 in 1

Selasa
15/1/2013

Maka dengan ini genaplah umur kakak ku Nur Azwa berumur 25 Tahun. Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 25. Semoga berjaya di dunia dan akhirat serta sentiasa diberkati-Nya.
Okay,bab tu dah setel cerita. Sekarang ni masuk bab yang kedua berkenaan dengan tarikh 15 Jan ini.
Dan maka dengan tarikh 15 Jan ini juga, genaplah 3 Tahun 2 Bulan hubungan aku dengan si gadis sorang ini. Just nak ucap happy anniversary dan Te amo mucho miamor. Semoga hubungan kita diberkati Allah s.w.t  dan jangan putus berdoa supaya jodoh kita dipertemukan-Nya. Thanks bagi hadiah. Malas nak puji tapi awak memang berbakat dalam melukis corak2 ni, hehe. Terima kasih na, saya suka hadiah yang awak bagi seperti yang tertera di dalam gambar di bawah ini. Yihuuu




Sekali lagi terima kasih na babun tersayang. Wihuuhaha~
-3Years2months-

Sunday 13 January 2013

Diserang ketika mencari penampakan makhluk halus di hutan bukit

12/1/2013
1:18 am

Salam w.b.t buat pembaca yang setia mengikuti cerita saya. Okay sekali lagi diingatkan bahawasanya cerita yang akan saya sampaikan ini 100% benar dan tiada tokok tambah. Semuanya daripada pengalaman sendiri.
kalau sebelum ni kami pergi cari penampakan di jalan gelap kuala gula, tatapi kali ini berbeza pula. Kami semua pergi bertapa di hutan bukit. Okay, dalam kepala otak saya ni dok bajet  yang join aktiviti ini dalam 5 orang. Tak ramai mana pun. Tapi bila kami dah berkumpul di tempat yang diarahkan tiba2 datanglah 4 biji moto. Pehh ramai gak la yang join the club! Saya dan kawan saya agak bersemangat bila ramai tetapi kalau ramai2 ni orang kata susahlah sikit nak dapat peratus tinggi untuk melihat penampakan ye dak? Tapi shhhh jangan patah semangat nak baca. Baca dulu sampai habis baru tau cerita. Okay lah dipendekkan cerita kami pun dah sampai ke lokasi untuk bertapa. Sebelum pergi bertapa tu saya sudahpun menghabiskan 40minit menjampi air serta barangan lain dekat rumah. Ini semua untuk persediaan untuk pendinding diri dari dirasuk makhluk celaka itu buat saya dan kawan2. Bila kita nak buat sesuatu kita kena fikir risiko juga sebab tu la saya siap sedia siap2 kalau jadi apa2 yang tak diingini, barang pun dah tersedia. So, tak la serabut kepala sangat. Jadi yang join ni semua 9 orang, saya(afan), capit, bom, haikal, nasrul, nazirul, buyut, ayie, mal

Setelah sampai di lokasi, saya pun ambil masa 10 minit membaca doa sebelum menjalankan aktiviti. Seperti yang anda boleh lihat gambar di bawah ini, saya sudahpun lukis gambaran tempat tu. So, yang gambar bear tu saya lah. Yang gambar patung mr.bean tu member2 saya. Semua yang join 9 orang termasuk saya. Oleh kerana bilangan yang ramai saya pun tak tau nak asingkan kat mana depa nak duduk. Kami perlu duduk sorang2 tak boleh berdua atau bertiga. So saya pun asingkan lah mereka bagi berjarak sikit seperti yang anda boleh lihat di gambar bawah mereka duduk terpisah. Dan setiap sorang saya bagi lilin sebatang. Tujuan saya bagi lilin tu adalah untuk tengok pergerakan makhluk halus itu. Kalau angin takda tapi api lilin itu dok bergoyang makanya haa ada something la tu. Dan kalau lagi bernasib baik lilin tu akan terpadam tanpa angin. Yang tu lagi best kalau jadi camtu. Semua orang saya asingkan duduk sorang2 ,Ada sorang kena jaga moto kiranya dia kena bertapa kat situ lah sorang2 dan tugas saya pulak jemput rakan2 saya dan asingkan mereka ke tempat yang berlainan. Ok kalau anda perasan dalam gambar di bawah, ada saya bulatkan patung mr.bean dengan bear yang warna merah tu.Yang bear tu saya dan yang patung mr.bean tu member saya yang last sekali yang saya harus asingkan.  Haaaaa time tu lah bemulanya kekacauan yang sangat huru hara di mana kami semua diserang serentak. Memang padu gila serangan makhluk itu. Aghhh bila difikirkan sakit hati gila. Okay rilex2 baca dulu naa. 




Time saya menyeberangi parit tu saya ternampak bangunan lama yang ditinggalkan. Besar oo bangunan tu tak tau la bangunan apa pulak. Lepas seberang pada parit tu saya tinggal kawan saya kat situ dan lepas tu turn saya pulak duduk kat bangunan tu. Bila dah sampai dekat dengan bangunan tu saya DISERANG !!!! Lantas serangan terhadap saya itu berjangkit kat semua kawan2 saya! Semua yang pergi tu semua DISERANG!!!!!
Okay macam ni serangan yang berlaku. Yang serang saya tu ialah makhluk bukan halus tapi makhluk besar yang digelar anjing dan serigala. Lepas tu apa lagi saya pun lari la sekuat hati sebab jarak saya dengan haiwan tu bukan main dekat lagi oiiiii! Yang lawak gila gila gila gila kan bila saya lari semua pakat ikut saya lari SAMPAI ADA KASUT TERCABUT, HILANG DAN TERPELANTING MERATA HALA! hahahahaha memang lawak tengok semua lari. Dah la setiap sorang kena pasang lilin kat tempat masing2 dan bila semua lari turun nak pergi kat moto tengok lilin elok ja menyala tapi semua yang join semua lari lintang pukang. WAHAHAHA memang lawak part ini. Lepas sampai cerun nak turun bukit tu ada yang jatuh terguling ada yang tak sempat brek sampai masuk hutan. wahahahah gila punya lawak. Daripada ada perasaan risau takut terus semua pakat tergelak. Bila dah sampai cerun tu haiwan tu tak ligan dah dan kami stop kat situ cek diri masing2. Yang saya ni hilang selipar sebelah. Ada member saya hilang sampai dua belah kasut. Ada yang luka teruk. Yelah sebab jalan nak naik bukit tu berbatu sikit. Bila lari tu pakat pijak batu tapi time tu memang tak rasa pijak apa dah sebab memang goyang gila dengan haiwan tu. Jenuh nak kena samak nanti kalau kena gigit. Saya cek kaki saya tumit sah bengkak dah lari atas batu tajam2 pula tu. Kuku kaki pula tercabut. Hahaha memang lawak.



Depa semua pakat bengang dengan saya sebab kalau saya tak lari mesti depa pun tak lari tapi dah saya pun lari memang semua pakat marathon la. Hahaha! Sebenarnya ada 2 sejarah yang membuatkan saya lari. Saya memang fobia dengan anjing. Dah la anjing tu saiz dia besar babi hutan memang tak dan kahwin la kalau tak lari. Kalau makhluk halus buat penampakan saya memang tak lari. Duduk p la sebelah saya memang saya tak akan lari sebab makhluk itu kita boleh lawan dengan ayat Al-Quran. Tapi ini masalahnya anjing dengan serigala yang hadoiii bukan main gagah lagi badan depa, mau tak goyang. Ok la sejarah yang pertama yang mebuatkan saya fobia dengan anjing ialah time tu jeng3.. time saya darjah 4 saya ronda2 naik beskal dengan abang saya then anjing datang kejar. kami jatuh basikal lepastu abang saya suruh menyorok balik basikal dan dia nak lari bagi anjing tu ligan dia. lepastu live depan mata saya abang saya kena gigit anjing. hmmm pengorbanan seorang abang tak kan ku lupa. Terharu la pula bila teringat balik. Lepas tu bila dah besar sikit saya berumur darjah 6 time tu saya naik beskal sorang2 lepas tu kena kejar anjing lagi. Dia kejar saya sampai jatuh basikal lepastu belah macam tu ja. Bukan nak tolong angkat balik basikal saya. Hahahaha. Haa yang tu la yang membuatkan saya fobia dengan haiwan digelar anjing or serigala ni.

Okay cukup2 lah flashback kita sambung cerita. Lepas puas rehat saya pun ajak depa pergi naik atas balik cari selipar yang hilang tapi semua pakat nak halal ja kasut yang hilang tu. Saya tergelak ja depa cakap macam tu lepastu saya cakap la kita cari ja yang mana dapat. Yang tak dapat baru halal kat anjing tu. Lepas tu saya pilih la 2 orang ja untuk tolong saya cari selipar. Yang lain tak mau follow sebab insaf dah kot.haha so saya suruh rehat kat bawah dekat moto. Saya pun naik la dengan member saya capit dan bom. Time kami naik tu kami on lampu suluh so bila nak dekat sampai kat selipar tu anjing tu ligan lagi apa nak buat kena la lari lagi tapi kami tak lari sampai bawah. Kami stop lari bila anjing tu stop kejar. So kami tukar plan jangan pakai lampu suluh. So lepas 10 min tunggu kami gerak slow2 pergi dekat dengan bangunan tu. Bila saya nak dekat sampai dekat bangunan tu member saya capit tiba2 stop berjalan dia terus terduduk kat situ. Ahh sudah jangan kata benda tu dah masuk dalam badan dia. Saya pun terpaksa la pergi kat dia dan tanya dia okay ke tak. Lepas tu dia cakap kat saya yang dia terdengar orang main buaian. Bom pun turut mendengarnya tapi saya tak la pula dapat dengar. muka capit dah lain time tu so saya baca2 sikit dan suruh dia gigit lada yang saya bagi sorang satu sebelum bermula aktiviti. lepas dia gigit tu tak lama dia okay balik dan lega la sikit hati ini. Lepas tu saya dah sampai dekat selipar  tu saya pun 50-50 nak ambil ke tak sebab jarak saya dengan anjing tu dekat gila. Lepas tu saya nekad ambil juga. Bila saya nak ambil tu saya dapat ushar haiwan tu. time tu haiwan tu menyalak so saya pun dok plan nak lari dah tapi bila saya nak lari saya tengok dia pandang belah arah hutan. Haa time ni ada penampakan makhluk halus! Saya pun tengok la arah yang anjing tu tengok. Bila saya tengok belah hutan tu ada kelibat putih lepas ja dapat tengok kelibat tu hilang. Saya pun panggil kawan saya yang 2 orang tu nak suruh tengok tapi sampai kesudah takut nak datang dekat saya. Anjing tu memang menyalak tak berhenti. Saya pun ushar kelibat tu. Dia main aucak pula dengan saya. Satgi timbul kat sini lepastu timbul kat belah tu lepastu timbul kat situ. Anda boleh tengok gambar di bawah untuk gambaran.. Si anjing tu betul2 tengok arah penampakan tu sambil menyalak. Saya ada tulis nombor 1 2 3 4 5 6 bagi gambar hantu tu. Haa, yang tu lah step yang iblis tu dok main aucak2 dengan saya. Time tu saya usaha dok panggil member saya suruh tengok sekali tapi depa tak berani so saya pun lantak lah kat depa dan terus ambil selipar dan blah slow2 dari situ dan bila sampai jarak jauh sikit dengan anjing tu saya pun menjerit yahooo dengan sekuat hati. haha! Bila jauh dengan anjing baru berani buat bising. hik huk hik huk.
Lepas sampai kat moto saya pun ajak member yang lain naik tengok apa yang saya nampak tapi semua pakat buat tak tau. Haktuih betoi. Kami pun pergi lepak kat kedai mamak nak minum sat. Member saya semua tak nak dah pergi tempat tu then dia tanya tempat mana lagi yang syok kat area bandar baharu, kedah? saya pun jawab dekat bukit tebuan. Dekat situ ada kubur cina dan rumah usang 2 biji. So dengan rasminya selepas setel minum2 kami akan pergi ke tempat tu pula.. 3:58 setel minum dan gerak ke bukit tebuan.



4:09 am

Setelah sampai di kubur cina tu macam biasa la kami dok suluh sana suluh sini mencari dan mengharap kalau ada penampakan. Tetapi takda juga, so kami lajak sikit pergi depan ushar rumah kosong. masih takda rezeki jugak. last2 masuk kebun kelapa sawit.. Bila masuk kelapa sawit area dalam sikit saya tersuluh satu benda macam mata. Anda boleh lihat gambar di bawah untuk mendapatkan gambaran tentang suasana yang berlaku pada waktu itu. Mata ni lebih kurang macam mata pocong yang saya nampak di kuala gula haritu. tapi yang saya nampak kali ni hanyalah mata terlopong sahaja takda bentuk muka or apa2. kalau mata bersilau tak kisah sangat sebab maybe tu kucing or apa2 aja tapi ini terlopong ja. Bila saya suluh mata tu hilang tempat lain pula, lepastu cari balik suluh2 jumpa balik, bila dapat suluh mata tu hilang pastu cari lagi then jumpa lagi lepas tu mata tu pun hilang lagi. Time suluh mata ni tak semua dari kami yang dapat lihat. Ada beberapa orang ja yang dapat lihat tetapi yang lain tak dapat. lepas saya tak larat nak main suluh2 saya pun baca salam ke atas nabi sulaiman dan terus laungkan azan. Lepas saja laungkan azan bunyi macam orang lari dalam kelapa sawit lepastu dengar macam bunyi orang pijak ranting kayu la apa la. Time tu tak kisah sangat lagi sebab dok syak babi. Tapi bila daun pokok kelapa sawit bergoyang dengan kuat dari pokok ke pokok kami semua rasa lain. Lepas azan saya qamat pulak lagi rancak pulak daun pokok kelapa sawit bergoyang. Lepas tu keadaan okay balik tiada bunyi pelik2 apa2 pun. Selepas puas ronda dan jam pun dah menunjukkan pukul 5:37 am, kami pun keluar dari kawasan tu dengan muka tak ceria sebab tak da luck sangat dalam misi ini. Tak semua dapat tengok. Ada yang dapat rezeki dapat la tengok tapi ada yang tak dapat tengok. Nak buat macam mana nasib badan la. Walaupun bagi sesiapa yang takda rezeki untuk tengok tu at least anda dapat merasai suasana tegang ketika pokok sawit bergoyang tanpa angin itu. Don't worry, cari tempat baru lagi dan mulakan misi baru. Kepada pembaca setakat ini sahaja cerita saya. Kalau ada cerita baru lagi saya pasti akan kongsikan. Terima kasih kerana sudi membaca. Salam w.b.t


Saturday 12 January 2013

Misi mencari penampakan di hutan bukit

Salam w.b.t buat semua..

Ana baru setel ja ronda2 petang tadi dari pukul 5pm sampai la 6.30pm mencari tempat2 keras sekeras batu bata yang bangla dok guna buat banggunan KLCC tu. ngeh3! Kalau sebelum ni saya dah pergi mencari penampakan kaedah bergerak di jalan kuala gula, tetapi kali ini saya akan mencari kaedah bertapa. bagi sesiapa yang tak tau kaedah bergerak tu macam mana...Okay, maksudnya kita mencari penampakan makhluk halus dalam pergerakan macam naik moto,kereta or berjalan kaki di tempat2 yang sememangnya keras. Kaedah bertapa ni lain sebab kita tak boleh nak bergerak mana2 dan kita perlu duduk dan tunggu saja lah pelawat yang tak diundang datang melawat kita. hee hee hee. Okay, setelah puas ronda sakan petang tadi dengan memberku menaiki motorsikal, saya sudah pun dapat tempat yang angker dan memang sesuai untuk bertapa.
Tempat yang bakal kami pergi tengah pagi ni ialah hutan bukit. saya sempatla tangkap beberapa gambar.
haa, di bawah ni anda boleh lah ushar tempat yang saya dan sahabat lain akan bertapa untuk mencari penampakan makhluk halus.


                     
              1) ini kira boleh kata pintu masuk la walaupun takda pintu. Ini gambar dari luar hutan bukit tu.


2) okay,,jom kita teroka masuk dalam sikit..ni jalan otw nak masuk dalam hutan tu



3) Port ni macam sesuai nak duduk bertapa sebab ruang dia agak luas sikit. maybe malam ni saya akan duduk di sini kot sebab tengok tempat dia macam sedap ja nak landing. kalau agak mengantuk boleh landing terus kat sini. hehehe


                       
 4) Gambar ni menunjukkan ada lagi jalan untuk ke atas hutan bukit ini.
     Malam ni just get ready ja untuk melihat penampakan. tu pun kalau ada rezeki dari-Nya.




So, dah tengok pic ni? camna dengan hutan ni? tengok gambar time petang memang tak meremang tapi bila malam tempat ni sangatlah gelap. Dan hutan ini agak tebal bila saya naik lagi atas.. Malam ini pukul 2am saya akan masuk hutan ini dengan beberapa orang sahabat saya. Saya akan bahagikan tempat di mana seseorang itu harus duduk. Kami akan duduk terpisah dengan jarak yang agak jauh supaya perasaan meremang tu lagi membuak-buak. Hehehe. Jadi, untuk tahu cerita lanjut tunggu bagi kami bertapa dulu dan saya akan cerita lebih lanjut jika semuanya dah selesai. Jangan tanya kenapa saya buat benda yang buang masa ni sebab saya pun tak tau kenapa saya nak buat macam tu. Entah macam mana selera saya menyimpang ke arah tu pula. hohoho.. Pukul 2am satgi saya harap Allah s.w.t akan memberi rezeki kepada kami untuk melihat penampakan makhluk halus. Kerana semua benda berlaku atas izin-Nya. Okay lah sampai situ dulu. Nanti dah setel misi ini kami akan beri report kepada anda semua ya. Sekian terima kasih, Salam w.b.t

Mencari penampakan makhluk halus di jalan gelap kuala gula

CERITA HANTU YANG AKU NAK STORY ITU SUDAH SIAP DIKARANG. SEMUA MEMBERKU DIJEMPUT UNTUK BACA.
Gambar ini aku lukis untuk menunjukkan macam mana suasana tempat tu. Ok la, enjoy la baca cerita hantu ini. 100% benar tiada tambah2 cerita. Semua daripada pengalaman sendiri




Pukul 2am
9/01/2013

Member aku call aku dan ajak aku keluar pergi ronda2. Oleh kerana aku pun tengah lapar aku pun menerima jemputan daripada member aku tu. Pukul 2 dia sampai umah aku amik aku keluar then pergi melantak dekat char kuey teaw pekaka. Sesudah sampai di pekaka kami pun ramai2 la makan and minum dan lepas pada tu member aku tanya nak p mana lepas ni? Aku pun cakap la gua folo ja. Lepastu ada la member aku lagi sorang ini ajak kami pergi cari hantu dekat jalan kuala gula yang memang gelap n jarang gila kenderaan lalu lalang kat situ. Aku tadak masalah aku just setuju ja. Yg lain pun turut setuju jadi lokasi dah set yang kami akan ke kuala gula untuk mencari atau melihat hantu. Pukul 3am kami bergerak dari pekaka. Yang folo ialah aku(afan) dan 4 lagi member aku yg dikenali sebagai ijam, wan, capit dan buyut.

Untuk pengetahuan ini ialah kali kedua kami pergi ke kuala gula dengan tujuan mencari hantu. Pada kali pertama pergi kami tak dapat langsung dapat tengok makhluk halus tapi kali ke dua ni kami ada rezeki. Jadi perjalanan ke kuala gula pun bermula. Aku yang menjadi driver. Aku ikut jalan dari bagan serai dan bila sampai kat sekolah menengah kebangsaan alor pongsu aku suruh capit pula yg drive. Aku pun duduk kat belakang sambil tidur. Tetapi sebenarnya aku bukanlah tidur tetapi aku sedang membaca doa pendinding untuk aku dan kawan2 aku semua. Yelah kan kita nak p tengok benda bukan2 mesti mau ada protection. Dan lepas setel aku baca doa pendinding aku pula membaca doa pembangkit deria ke6. Ini bertujuan untuk dapat melihat makhluk halus tu pun atas izin Allah. Time aku pergi kali pertama haritu aku memang tak baca doa pembangkit deria ke 6 ini sebab aku dok bajet tempat pun keras mesti senang nak dapat tengok tapi last2 habuk pun tarak. Jadi untuk kali kedua ini aku baca2 la sikit dengan niat di dalam hati "ya allah kau perlihatkanlah makhluk halus itu kepada ku kepada kawan2 ku dengan izinmu, sesungguhnya aku tidak menyeru mereka datang padaku tetapi engkau yang menentukan rezeki kami". Bila member aku dah sampai area nak pergi menuju ke kuala gula tu member aku gerak aku tapi aku tak layan. Depa ingat aku dah hanyut tidoq tapi sebenarnya aku tak habis lagi dok berdoa. Selepas selesai berdoa aku pun pesan kat member aku suruh drive slow2 dan meter memang xlebih 20km/j.

Okay, aku pun pegang torchlight aku dan suluh kat area kelapa sawit di sebelah kanan aku, aku suluh untuk mencari benda2 pelik dan tiba2 jeng3 sedang aku menyuluh tiba2 nampak kelibat wanita.aku pun menjerit kat driver aku suruh brek and reverse balik. Dan rezeki kami yang pertama dapat kami lihat ialah nenek kebayan. Memang clear gilaaa kami nampak. Yg objek no.1 dalam gambar tu ialah nenek kebayan. Dia tak pandang ke arah aku langsung. Kami memberhentikan kereta kat situ selama 2 min. Nenek tu berpakaian macam kain batik dan kepalanya ditutup dengan kain putih.macam ala2 selendang tu la. Dia berdiri ja kat situ,time tu semua member aku tercengang tak percaya dengan apa yg depa dapat tengok. Tak ke pelik pompan nak dok sorang2 dalam kelapa sawit tu? Semua kawan2 aku dalam kereta terkejut dengan apa yang depa nampak. Aku pun turun dari kereta dan pergi berhampiran dengan parit yang memisahkan kami dengan kelapa sawit itu untuk menyuluh makhluk itu. Time tu memang toksah dok kata la memang meremang la bulu roma. Lepas aku suluh tu aku tanya kat member aku semua hampa nampak tak then depa semua cakap nampak.Selepas dah dapat bukti kukuh aku pun masuk dalam kereta balik. Aku pun arahkan member aku suruh gerak sebab dah dapat tengok dengan clear. Lepastu kami pun gerak la pergi depan dan dah sampai lebih kurang 50m di hadapan aku suruh driver reverse balik slow2 untuk cek nenek kebayan tu. Bila cek balik tengok2 nenek kebayan tu sudah hilang ooo.. Lagi cuak la semua time tu. Member aku yang mengantuk terus hilang ngantuk terkejut punya pasai.haha! Kami pun sambung perjalanan dengan speed yg slow dengan harapan untuk mencari lagi penampakan yg ada.

Lepas tu kami pun teruskan mencari, lama juga la cari pastu tak jumpa rasa macam nak give up pun ada. Lepas lama sikit dalam beberapa minit tiba2 lampu suluh ku tersuluh sosok tubuh seperti pocong. Apa lagi aku pun suruh driver brek and undur kereta balik. Fuyooooo!!! Betul la apa yang aku nampak ianya memang iblis yg diberi nama pocong. Okay keadaan pocong tu seperti dalam gambar yg objek no.2 tu. Dia berdiri di balik pokok dan memang nampak clear la bungkusan kafan dia tu. Muka pocong tu hitam sangat. Aku bagi perumpamaan muka pocong tu dia macam selut yang kering. Haa macam tu la rupa fizikal pocong dan muka dia memang hitam. Time dekat pocong tu kami berhenti lama sikit kat situ dalam lebih kurang 3-4 min. Sebab apa kami berhenti lama sebab syok tengok pocong tu dok bergerak tunjukkan kepala and then menyorok balik kat pokok lepastu tunju muka balik. Lepas puas kami tengok aku pun keluar dari kereta aku amik pasir kat situ then aku baca surah penghindar syaitan dan kursi then aku hembuskan kat pasir tu and lemparkan ke arah pocong tu. Lepas ja aku lempar pasir kelibat dia tak kelihatan. Aku pun masuk kereta balik and suruh driver aku gerak p depan cari yang baru.

Selepas tu kami cari punya cari tak jumpa2 dah makhluk halus. Ada rezeki dapat tengok nenek kebayan dan pocong ja time tu. Tetapi kami semua sangat berpuas hati sebab kali kedua kami pergi ni dapat rezeki melihat penampakan si makhluk celaka itu. Okay sampai situ ja. Thanks sudi baca and kalau ada pengalaman baru lagi, aku akan cerita lagi. Salam w.b.t...