Saturday 12 January 2013

Mencari penampakan makhluk halus di jalan gelap kuala gula

CERITA HANTU YANG AKU NAK STORY ITU SUDAH SIAP DIKARANG. SEMUA MEMBERKU DIJEMPUT UNTUK BACA.
Gambar ini aku lukis untuk menunjukkan macam mana suasana tempat tu. Ok la, enjoy la baca cerita hantu ini. 100% benar tiada tambah2 cerita. Semua daripada pengalaman sendiri




Pukul 2am
9/01/2013

Member aku call aku dan ajak aku keluar pergi ronda2. Oleh kerana aku pun tengah lapar aku pun menerima jemputan daripada member aku tu. Pukul 2 dia sampai umah aku amik aku keluar then pergi melantak dekat char kuey teaw pekaka. Sesudah sampai di pekaka kami pun ramai2 la makan and minum dan lepas pada tu member aku tanya nak p mana lepas ni? Aku pun cakap la gua folo ja. Lepastu ada la member aku lagi sorang ini ajak kami pergi cari hantu dekat jalan kuala gula yang memang gelap n jarang gila kenderaan lalu lalang kat situ. Aku tadak masalah aku just setuju ja. Yg lain pun turut setuju jadi lokasi dah set yang kami akan ke kuala gula untuk mencari atau melihat hantu. Pukul 3am kami bergerak dari pekaka. Yang folo ialah aku(afan) dan 4 lagi member aku yg dikenali sebagai ijam, wan, capit dan buyut.

Untuk pengetahuan ini ialah kali kedua kami pergi ke kuala gula dengan tujuan mencari hantu. Pada kali pertama pergi kami tak dapat langsung dapat tengok makhluk halus tapi kali ke dua ni kami ada rezeki. Jadi perjalanan ke kuala gula pun bermula. Aku yang menjadi driver. Aku ikut jalan dari bagan serai dan bila sampai kat sekolah menengah kebangsaan alor pongsu aku suruh capit pula yg drive. Aku pun duduk kat belakang sambil tidur. Tetapi sebenarnya aku bukanlah tidur tetapi aku sedang membaca doa pendinding untuk aku dan kawan2 aku semua. Yelah kan kita nak p tengok benda bukan2 mesti mau ada protection. Dan lepas setel aku baca doa pendinding aku pula membaca doa pembangkit deria ke6. Ini bertujuan untuk dapat melihat makhluk halus tu pun atas izin Allah. Time aku pergi kali pertama haritu aku memang tak baca doa pembangkit deria ke 6 ini sebab aku dok bajet tempat pun keras mesti senang nak dapat tengok tapi last2 habuk pun tarak. Jadi untuk kali kedua ini aku baca2 la sikit dengan niat di dalam hati "ya allah kau perlihatkanlah makhluk halus itu kepada ku kepada kawan2 ku dengan izinmu, sesungguhnya aku tidak menyeru mereka datang padaku tetapi engkau yang menentukan rezeki kami". Bila member aku dah sampai area nak pergi menuju ke kuala gula tu member aku gerak aku tapi aku tak layan. Depa ingat aku dah hanyut tidoq tapi sebenarnya aku tak habis lagi dok berdoa. Selepas selesai berdoa aku pun pesan kat member aku suruh drive slow2 dan meter memang xlebih 20km/j.

Okay, aku pun pegang torchlight aku dan suluh kat area kelapa sawit di sebelah kanan aku, aku suluh untuk mencari benda2 pelik dan tiba2 jeng3 sedang aku menyuluh tiba2 nampak kelibat wanita.aku pun menjerit kat driver aku suruh brek and reverse balik. Dan rezeki kami yang pertama dapat kami lihat ialah nenek kebayan. Memang clear gilaaa kami nampak. Yg objek no.1 dalam gambar tu ialah nenek kebayan. Dia tak pandang ke arah aku langsung. Kami memberhentikan kereta kat situ selama 2 min. Nenek tu berpakaian macam kain batik dan kepalanya ditutup dengan kain putih.macam ala2 selendang tu la. Dia berdiri ja kat situ,time tu semua member aku tercengang tak percaya dengan apa yg depa dapat tengok. Tak ke pelik pompan nak dok sorang2 dalam kelapa sawit tu? Semua kawan2 aku dalam kereta terkejut dengan apa yang depa nampak. Aku pun turun dari kereta dan pergi berhampiran dengan parit yang memisahkan kami dengan kelapa sawit itu untuk menyuluh makhluk itu. Time tu memang toksah dok kata la memang meremang la bulu roma. Lepas aku suluh tu aku tanya kat member aku semua hampa nampak tak then depa semua cakap nampak.Selepas dah dapat bukti kukuh aku pun masuk dalam kereta balik. Aku pun arahkan member aku suruh gerak sebab dah dapat tengok dengan clear. Lepastu kami pun gerak la pergi depan dan dah sampai lebih kurang 50m di hadapan aku suruh driver reverse balik slow2 untuk cek nenek kebayan tu. Bila cek balik tengok2 nenek kebayan tu sudah hilang ooo.. Lagi cuak la semua time tu. Member aku yang mengantuk terus hilang ngantuk terkejut punya pasai.haha! Kami pun sambung perjalanan dengan speed yg slow dengan harapan untuk mencari lagi penampakan yg ada.

Lepas tu kami pun teruskan mencari, lama juga la cari pastu tak jumpa rasa macam nak give up pun ada. Lepas lama sikit dalam beberapa minit tiba2 lampu suluh ku tersuluh sosok tubuh seperti pocong. Apa lagi aku pun suruh driver brek and undur kereta balik. Fuyooooo!!! Betul la apa yang aku nampak ianya memang iblis yg diberi nama pocong. Okay keadaan pocong tu seperti dalam gambar yg objek no.2 tu. Dia berdiri di balik pokok dan memang nampak clear la bungkusan kafan dia tu. Muka pocong tu hitam sangat. Aku bagi perumpamaan muka pocong tu dia macam selut yang kering. Haa macam tu la rupa fizikal pocong dan muka dia memang hitam. Time dekat pocong tu kami berhenti lama sikit kat situ dalam lebih kurang 3-4 min. Sebab apa kami berhenti lama sebab syok tengok pocong tu dok bergerak tunjukkan kepala and then menyorok balik kat pokok lepastu tunju muka balik. Lepas puas kami tengok aku pun keluar dari kereta aku amik pasir kat situ then aku baca surah penghindar syaitan dan kursi then aku hembuskan kat pasir tu and lemparkan ke arah pocong tu. Lepas ja aku lempar pasir kelibat dia tak kelihatan. Aku pun masuk kereta balik and suruh driver aku gerak p depan cari yang baru.

Selepas tu kami cari punya cari tak jumpa2 dah makhluk halus. Ada rezeki dapat tengok nenek kebayan dan pocong ja time tu. Tetapi kami semua sangat berpuas hati sebab kali kedua kami pergi ni dapat rezeki melihat penampakan si makhluk celaka itu. Okay sampai situ ja. Thanks sudi baca and kalau ada pengalaman baru lagi, aku akan cerita lagi. Salam w.b.t...

4 comments:

  1. Teringinnya nak join hang weh. Tapi gila ka apa aku nak keluaq rumah malam buta. Tak tangkap gambaq ka?

    ReplyDelete
  2. uishh bahaya join aku. tetambah gadis lak. risiko. xpa,ada rezeki boleh la kita nampak

    ReplyDelete
  3. Banyak kali dah aku nampak since aku sekolah lama. Macam macam bentuk ada. Yang merangkak, yang berguling. Cuma takda partner nak tunjukkan.

    ReplyDelete
  4. You are special! hargai anugerah tu sebab bukan semua org boleh dapat jadi camtu

    ReplyDelete