Saturday 12 January 2013

Misi mencari penampakan di hutan bukit

Salam w.b.t buat semua..

Ana baru setel ja ronda2 petang tadi dari pukul 5pm sampai la 6.30pm mencari tempat2 keras sekeras batu bata yang bangla dok guna buat banggunan KLCC tu. ngeh3! Kalau sebelum ni saya dah pergi mencari penampakan kaedah bergerak di jalan kuala gula, tetapi kali ini saya akan mencari kaedah bertapa. bagi sesiapa yang tak tau kaedah bergerak tu macam mana...Okay, maksudnya kita mencari penampakan makhluk halus dalam pergerakan macam naik moto,kereta or berjalan kaki di tempat2 yang sememangnya keras. Kaedah bertapa ni lain sebab kita tak boleh nak bergerak mana2 dan kita perlu duduk dan tunggu saja lah pelawat yang tak diundang datang melawat kita. hee hee hee. Okay, setelah puas ronda sakan petang tadi dengan memberku menaiki motorsikal, saya sudah pun dapat tempat yang angker dan memang sesuai untuk bertapa.
Tempat yang bakal kami pergi tengah pagi ni ialah hutan bukit. saya sempatla tangkap beberapa gambar.
haa, di bawah ni anda boleh lah ushar tempat yang saya dan sahabat lain akan bertapa untuk mencari penampakan makhluk halus.


                     
              1) ini kira boleh kata pintu masuk la walaupun takda pintu. Ini gambar dari luar hutan bukit tu.


2) okay,,jom kita teroka masuk dalam sikit..ni jalan otw nak masuk dalam hutan tu



3) Port ni macam sesuai nak duduk bertapa sebab ruang dia agak luas sikit. maybe malam ni saya akan duduk di sini kot sebab tengok tempat dia macam sedap ja nak landing. kalau agak mengantuk boleh landing terus kat sini. hehehe


                       
 4) Gambar ni menunjukkan ada lagi jalan untuk ke atas hutan bukit ini.
     Malam ni just get ready ja untuk melihat penampakan. tu pun kalau ada rezeki dari-Nya.




So, dah tengok pic ni? camna dengan hutan ni? tengok gambar time petang memang tak meremang tapi bila malam tempat ni sangatlah gelap. Dan hutan ini agak tebal bila saya naik lagi atas.. Malam ini pukul 2am saya akan masuk hutan ini dengan beberapa orang sahabat saya. Saya akan bahagikan tempat di mana seseorang itu harus duduk. Kami akan duduk terpisah dengan jarak yang agak jauh supaya perasaan meremang tu lagi membuak-buak. Hehehe. Jadi, untuk tahu cerita lanjut tunggu bagi kami bertapa dulu dan saya akan cerita lebih lanjut jika semuanya dah selesai. Jangan tanya kenapa saya buat benda yang buang masa ni sebab saya pun tak tau kenapa saya nak buat macam tu. Entah macam mana selera saya menyimpang ke arah tu pula. hohoho.. Pukul 2am satgi saya harap Allah s.w.t akan memberi rezeki kepada kami untuk melihat penampakan makhluk halus. Kerana semua benda berlaku atas izin-Nya. Okay lah sampai situ dulu. Nanti dah setel misi ini kami akan beri report kepada anda semua ya. Sekian terima kasih, Salam w.b.t

No comments:

Post a Comment