Sunday 13 January 2013

Diserang ketika mencari penampakan makhluk halus di hutan bukit

12/1/2013
1:18 am

Salam w.b.t buat pembaca yang setia mengikuti cerita saya. Okay sekali lagi diingatkan bahawasanya cerita yang akan saya sampaikan ini 100% benar dan tiada tokok tambah. Semuanya daripada pengalaman sendiri.
kalau sebelum ni kami pergi cari penampakan di jalan gelap kuala gula, tatapi kali ini berbeza pula. Kami semua pergi bertapa di hutan bukit. Okay, dalam kepala otak saya ni dok bajet  yang join aktiviti ini dalam 5 orang. Tak ramai mana pun. Tapi bila kami dah berkumpul di tempat yang diarahkan tiba2 datanglah 4 biji moto. Pehh ramai gak la yang join the club! Saya dan kawan saya agak bersemangat bila ramai tetapi kalau ramai2 ni orang kata susahlah sikit nak dapat peratus tinggi untuk melihat penampakan ye dak? Tapi shhhh jangan patah semangat nak baca. Baca dulu sampai habis baru tau cerita. Okay lah dipendekkan cerita kami pun dah sampai ke lokasi untuk bertapa. Sebelum pergi bertapa tu saya sudahpun menghabiskan 40minit menjampi air serta barangan lain dekat rumah. Ini semua untuk persediaan untuk pendinding diri dari dirasuk makhluk celaka itu buat saya dan kawan2. Bila kita nak buat sesuatu kita kena fikir risiko juga sebab tu la saya siap sedia siap2 kalau jadi apa2 yang tak diingini, barang pun dah tersedia. So, tak la serabut kepala sangat. Jadi yang join ni semua 9 orang, saya(afan), capit, bom, haikal, nasrul, nazirul, buyut, ayie, mal

Setelah sampai di lokasi, saya pun ambil masa 10 minit membaca doa sebelum menjalankan aktiviti. Seperti yang anda boleh lihat gambar di bawah ini, saya sudahpun lukis gambaran tempat tu. So, yang gambar bear tu saya lah. Yang gambar patung mr.bean tu member2 saya. Semua yang join 9 orang termasuk saya. Oleh kerana bilangan yang ramai saya pun tak tau nak asingkan kat mana depa nak duduk. Kami perlu duduk sorang2 tak boleh berdua atau bertiga. So saya pun asingkan lah mereka bagi berjarak sikit seperti yang anda boleh lihat di gambar bawah mereka duduk terpisah. Dan setiap sorang saya bagi lilin sebatang. Tujuan saya bagi lilin tu adalah untuk tengok pergerakan makhluk halus itu. Kalau angin takda tapi api lilin itu dok bergoyang makanya haa ada something la tu. Dan kalau lagi bernasib baik lilin tu akan terpadam tanpa angin. Yang tu lagi best kalau jadi camtu. Semua orang saya asingkan duduk sorang2 ,Ada sorang kena jaga moto kiranya dia kena bertapa kat situ lah sorang2 dan tugas saya pulak jemput rakan2 saya dan asingkan mereka ke tempat yang berlainan. Ok kalau anda perasan dalam gambar di bawah, ada saya bulatkan patung mr.bean dengan bear yang warna merah tu.Yang bear tu saya dan yang patung mr.bean tu member saya yang last sekali yang saya harus asingkan.  Haaaaa time tu lah bemulanya kekacauan yang sangat huru hara di mana kami semua diserang serentak. Memang padu gila serangan makhluk itu. Aghhh bila difikirkan sakit hati gila. Okay rilex2 baca dulu naa. 




Time saya menyeberangi parit tu saya ternampak bangunan lama yang ditinggalkan. Besar oo bangunan tu tak tau la bangunan apa pulak. Lepas seberang pada parit tu saya tinggal kawan saya kat situ dan lepas tu turn saya pulak duduk kat bangunan tu. Bila dah sampai dekat dengan bangunan tu saya DISERANG !!!! Lantas serangan terhadap saya itu berjangkit kat semua kawan2 saya! Semua yang pergi tu semua DISERANG!!!!!
Okay macam ni serangan yang berlaku. Yang serang saya tu ialah makhluk bukan halus tapi makhluk besar yang digelar anjing dan serigala. Lepas tu apa lagi saya pun lari la sekuat hati sebab jarak saya dengan haiwan tu bukan main dekat lagi oiiiii! Yang lawak gila gila gila gila kan bila saya lari semua pakat ikut saya lari SAMPAI ADA KASUT TERCABUT, HILANG DAN TERPELANTING MERATA HALA! hahahahaha memang lawak tengok semua lari. Dah la setiap sorang kena pasang lilin kat tempat masing2 dan bila semua lari turun nak pergi kat moto tengok lilin elok ja menyala tapi semua yang join semua lari lintang pukang. WAHAHAHA memang lawak part ini. Lepas sampai cerun nak turun bukit tu ada yang jatuh terguling ada yang tak sempat brek sampai masuk hutan. wahahahah gila punya lawak. Daripada ada perasaan risau takut terus semua pakat tergelak. Bila dah sampai cerun tu haiwan tu tak ligan dah dan kami stop kat situ cek diri masing2. Yang saya ni hilang selipar sebelah. Ada member saya hilang sampai dua belah kasut. Ada yang luka teruk. Yelah sebab jalan nak naik bukit tu berbatu sikit. Bila lari tu pakat pijak batu tapi time tu memang tak rasa pijak apa dah sebab memang goyang gila dengan haiwan tu. Jenuh nak kena samak nanti kalau kena gigit. Saya cek kaki saya tumit sah bengkak dah lari atas batu tajam2 pula tu. Kuku kaki pula tercabut. Hahaha memang lawak.



Depa semua pakat bengang dengan saya sebab kalau saya tak lari mesti depa pun tak lari tapi dah saya pun lari memang semua pakat marathon la. Hahaha! Sebenarnya ada 2 sejarah yang membuatkan saya lari. Saya memang fobia dengan anjing. Dah la anjing tu saiz dia besar babi hutan memang tak dan kahwin la kalau tak lari. Kalau makhluk halus buat penampakan saya memang tak lari. Duduk p la sebelah saya memang saya tak akan lari sebab makhluk itu kita boleh lawan dengan ayat Al-Quran. Tapi ini masalahnya anjing dengan serigala yang hadoiii bukan main gagah lagi badan depa, mau tak goyang. Ok la sejarah yang pertama yang mebuatkan saya fobia dengan anjing ialah time tu jeng3.. time saya darjah 4 saya ronda2 naik beskal dengan abang saya then anjing datang kejar. kami jatuh basikal lepastu abang saya suruh menyorok balik basikal dan dia nak lari bagi anjing tu ligan dia. lepastu live depan mata saya abang saya kena gigit anjing. hmmm pengorbanan seorang abang tak kan ku lupa. Terharu la pula bila teringat balik. Lepas tu bila dah besar sikit saya berumur darjah 6 time tu saya naik beskal sorang2 lepas tu kena kejar anjing lagi. Dia kejar saya sampai jatuh basikal lepastu belah macam tu ja. Bukan nak tolong angkat balik basikal saya. Hahahaha. Haa yang tu la yang membuatkan saya fobia dengan haiwan digelar anjing or serigala ni.

Okay cukup2 lah flashback kita sambung cerita. Lepas puas rehat saya pun ajak depa pergi naik atas balik cari selipar yang hilang tapi semua pakat nak halal ja kasut yang hilang tu. Saya tergelak ja depa cakap macam tu lepastu saya cakap la kita cari ja yang mana dapat. Yang tak dapat baru halal kat anjing tu. Lepas tu saya pilih la 2 orang ja untuk tolong saya cari selipar. Yang lain tak mau follow sebab insaf dah kot.haha so saya suruh rehat kat bawah dekat moto. Saya pun naik la dengan member saya capit dan bom. Time kami naik tu kami on lampu suluh so bila nak dekat sampai kat selipar tu anjing tu ligan lagi apa nak buat kena la lari lagi tapi kami tak lari sampai bawah. Kami stop lari bila anjing tu stop kejar. So kami tukar plan jangan pakai lampu suluh. So lepas 10 min tunggu kami gerak slow2 pergi dekat dengan bangunan tu. Bila saya nak dekat sampai dekat bangunan tu member saya capit tiba2 stop berjalan dia terus terduduk kat situ. Ahh sudah jangan kata benda tu dah masuk dalam badan dia. Saya pun terpaksa la pergi kat dia dan tanya dia okay ke tak. Lepas tu dia cakap kat saya yang dia terdengar orang main buaian. Bom pun turut mendengarnya tapi saya tak la pula dapat dengar. muka capit dah lain time tu so saya baca2 sikit dan suruh dia gigit lada yang saya bagi sorang satu sebelum bermula aktiviti. lepas dia gigit tu tak lama dia okay balik dan lega la sikit hati ini. Lepas tu saya dah sampai dekat selipar  tu saya pun 50-50 nak ambil ke tak sebab jarak saya dengan anjing tu dekat gila. Lepas tu saya nekad ambil juga. Bila saya nak ambil tu saya dapat ushar haiwan tu. time tu haiwan tu menyalak so saya pun dok plan nak lari dah tapi bila saya nak lari saya tengok dia pandang belah arah hutan. Haa time ni ada penampakan makhluk halus! Saya pun tengok la arah yang anjing tu tengok. Bila saya tengok belah hutan tu ada kelibat putih lepas ja dapat tengok kelibat tu hilang. Saya pun panggil kawan saya yang 2 orang tu nak suruh tengok tapi sampai kesudah takut nak datang dekat saya. Anjing tu memang menyalak tak berhenti. Saya pun ushar kelibat tu. Dia main aucak pula dengan saya. Satgi timbul kat sini lepastu timbul kat belah tu lepastu timbul kat situ. Anda boleh tengok gambar di bawah untuk gambaran.. Si anjing tu betul2 tengok arah penampakan tu sambil menyalak. Saya ada tulis nombor 1 2 3 4 5 6 bagi gambar hantu tu. Haa, yang tu lah step yang iblis tu dok main aucak2 dengan saya. Time tu saya usaha dok panggil member saya suruh tengok sekali tapi depa tak berani so saya pun lantak lah kat depa dan terus ambil selipar dan blah slow2 dari situ dan bila sampai jarak jauh sikit dengan anjing tu saya pun menjerit yahooo dengan sekuat hati. haha! Bila jauh dengan anjing baru berani buat bising. hik huk hik huk.
Lepas sampai kat moto saya pun ajak member yang lain naik tengok apa yang saya nampak tapi semua pakat buat tak tau. Haktuih betoi. Kami pun pergi lepak kat kedai mamak nak minum sat. Member saya semua tak nak dah pergi tempat tu then dia tanya tempat mana lagi yang syok kat area bandar baharu, kedah? saya pun jawab dekat bukit tebuan. Dekat situ ada kubur cina dan rumah usang 2 biji. So dengan rasminya selepas setel minum2 kami akan pergi ke tempat tu pula.. 3:58 setel minum dan gerak ke bukit tebuan.



4:09 am

Setelah sampai di kubur cina tu macam biasa la kami dok suluh sana suluh sini mencari dan mengharap kalau ada penampakan. Tetapi takda juga, so kami lajak sikit pergi depan ushar rumah kosong. masih takda rezeki jugak. last2 masuk kebun kelapa sawit.. Bila masuk kelapa sawit area dalam sikit saya tersuluh satu benda macam mata. Anda boleh lihat gambar di bawah untuk mendapatkan gambaran tentang suasana yang berlaku pada waktu itu. Mata ni lebih kurang macam mata pocong yang saya nampak di kuala gula haritu. tapi yang saya nampak kali ni hanyalah mata terlopong sahaja takda bentuk muka or apa2. kalau mata bersilau tak kisah sangat sebab maybe tu kucing or apa2 aja tapi ini terlopong ja. Bila saya suluh mata tu hilang tempat lain pula, lepastu cari balik suluh2 jumpa balik, bila dapat suluh mata tu hilang pastu cari lagi then jumpa lagi lepas tu mata tu pun hilang lagi. Time suluh mata ni tak semua dari kami yang dapat lihat. Ada beberapa orang ja yang dapat lihat tetapi yang lain tak dapat. lepas saya tak larat nak main suluh2 saya pun baca salam ke atas nabi sulaiman dan terus laungkan azan. Lepas saja laungkan azan bunyi macam orang lari dalam kelapa sawit lepastu dengar macam bunyi orang pijak ranting kayu la apa la. Time tu tak kisah sangat lagi sebab dok syak babi. Tapi bila daun pokok kelapa sawit bergoyang dengan kuat dari pokok ke pokok kami semua rasa lain. Lepas azan saya qamat pulak lagi rancak pulak daun pokok kelapa sawit bergoyang. Lepas tu keadaan okay balik tiada bunyi pelik2 apa2 pun. Selepas puas ronda dan jam pun dah menunjukkan pukul 5:37 am, kami pun keluar dari kawasan tu dengan muka tak ceria sebab tak da luck sangat dalam misi ini. Tak semua dapat tengok. Ada yang dapat rezeki dapat la tengok tapi ada yang tak dapat tengok. Nak buat macam mana nasib badan la. Walaupun bagi sesiapa yang takda rezeki untuk tengok tu at least anda dapat merasai suasana tegang ketika pokok sawit bergoyang tanpa angin itu. Don't worry, cari tempat baru lagi dan mulakan misi baru. Kepada pembaca setakat ini sahaja cerita saya. Kalau ada cerita baru lagi saya pasti akan kongsikan. Terima kasih kerana sudi membaca. Salam w.b.t


No comments:

Post a Comment