Wednesday 23 January 2013

Syaitan Berupa wanita


10:48 pm
22/1/2013

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca ku yang setia menunggu cerita baru aku.. Okay, diingatkan bahawa cerita ini 100% benar dan tiada tokok tambah. Semuanya daripada pengalaman sendiri.
Enjoy reading :)

Aku dapat panggilan daripada taiko(abah) aku dan dia suruh aku ambil dia dan member dia kat Taiping sebab kereta member dia rosak. So dengan segeranya aku menyarungkan kain pelekat ku dan lantas keluar dari rumah. Jadi, aku pun plan taknak ikut high way tol bandar baru-taiping sebab tak menarik jalan kat situ. Aku pun ikut jalan jauh. Dari Bandar Baru ikut Kuala Kurau dan ikut jalan gelap Kuala Gula dan ikut Selinsing then sampai la Taiping. Aku ikut jalan gelap kuala gula tu dengan harapan dapat la melihat penampakan. So, enjin kereta dihidupkan dan vroom vroom menuju ke jalan gelap kuala gula.

Setelah aku melepasi jambatan kuala kurau, bermulalah jalan yang tiada lampu jalan, penuh dengan hutan kelapa sawit dan jalan yang sangat gelap. Aku yang keseorangan pun mula membaca 3-qul dan ayatul kursi untuk pendinding. Kita ni walaupun berupaya berdepan dengan setan tapi kita tidak boleh sesekali membiarkan badan kita tidak dibenteng. Jadi, aku pun membaca ayat2 yang sepatutnya dibaca. Tuan guru aku ada bagi doa nurun nubuwah kat aku. Doa ni boleh lihat raja jin. Aku nak baca doa ni tapi tak hafal lagi. Satgi main tibaiii ja baca keluar raja kapuur pulak. Tak pasai2 muka aku putih semacam ja kena kapur nanti, haha. Perjalanan sepanjang jalan gelap itu sangat panjang. Aku maintain speed aku dalam 60km/j. Tak laju tak slow sangat.

Aku amik masa yang sangat lama untuk menunggu melihat penampakan. Dalam 20min selepas aku menyeberangi jambatan kuala kurau barulah ada rezeki. Okay camni.. Time aku tengah drive aku perasan macam kain putih terbang di tepi pintu penumpang. Ku tengok la kiri tapi tak da apa2 pun. Lepas tu terbang dari atas pulak. Aku pun ushar la langit masih tak da apa2 pun. Dan aku pun fokuskan pemanduanku dan aku tengok la cermin pandang belakang dan jeng jeng jeng!!! I see you setan! Aku dapat lihat penampakan makhluk halus. Okay, rupa setan ini dia ni perempuan. Pakai tudung warna putih dan tudung depan tu tutup dahi. Rambut dia pulak panjang mengerbang tutup abis badan dia yang berbaju putih itu. Mata dia besar. Besar 3 kali ganda biji mata kita. Dan mata dia tersembul keluar. Mata dia macam mata ikan yang dah mati. Muka dia pucat macam keadaan orang mati lemas.  Dan kulit dia macam kulit buaya. Berbiji biji kat muka dia. Macam jerawat la kat muka dia tapi jenis biji biji besar punya. Dan bau si celaka tu sangat busuk Bau macam ladang sampah tu. Haktuihh! Anda boleh lihat gambar di bawah untuk mendapatkan gambaran.


# Maaf, aku tak reti melukis. Kih Kih Kih. Tapi ini la gambaran suasana ketika itu. #


Haa, itu gambaran ketika aku nampak setan tu laa. Daripada speed 60km/j aku terus slowkan  speed aku menurun hingga 20km/j. Tok guru aku pesan jangan dok ushar tajam lama2 mata setan tu sebab aku baru belajar(darusyifa') takut nanti jadi benda yang tak diingini. Aku pun tak tau napa dia pesan kat aku macamtu nanti aku akan dapatkan penjelasan dari dia. So,aku ejas cermin pandang belakang aku tepat ke arah setan tu. Aku pun cakap 'hang nak buat penampakan hak hang. Hang nak duduk dalam kereta aku ka apa semua tu aku tak kacau hang. Tapi kalau hang serang aku, aku pun akan melawan dengan ayat2 al-quran'
Dalam 1-2min dia diam ja lepastu dia menangis. Lepas dia menangis tu dada aku terus sakit dan perut aku rasa macam orang tekan kuat2. Time tu aku tak leh nak bernafas dengan steady dan tak dapat bawak kereta dengan cermat. Aku pun bertindak membaca doa penghindar syaitan dan ayatul kursi 9 wakaf.  Tetapi bila aku nak baca aku rasa lagi sakit. Bila nak start baca balik lagi padu aku kena serang.

Lepastu aku teringat pesan tuan guru aku "pergerakan makhluk halus ni sepantas kilat.kalau jumpa jangan lari tapi bersemuka dan hambat buang jauh". Setelah mengingati ayat2 hikmat tu aku pun memberhentikan kereta aku di tengah jalan yang memang sunyi tu dan amik air mineral dan minum. Aku tarik nafas dalam2 dan aku mula lawan balik. Kalau tadi bila aku baca aku rasa sakit. Tapi kali ni bila aku nak baca aku jadi lupa ayat tu. 2 kali aku baca tapi bila nak habis ayat yg aku nak baca tu aku jadi lupa. Kali ketiga aku cuba baru boleh. Baru lancar. Dan lepas aku baca ayatul kursi 9 wakaf aku pun dengan sekuat hati dan penuh perasaan marah terhadap setan itu aku menghembus dengan kuat ke arah setan itu. Time aku baca ayatul kursi 9wakaf tu setan tu dok menjerit. Dan memang aku tak dapat nafikan memang meremang semua bulu yang ada kat aku. hehe~ Lepas ja aku tiup dia terus hilang dari pandangan aku. Lepas ja kelibat setan tu hilang aku pun rilex sat tengah jalan tu minum air mineral bagi habis baru sambung drive.

Setelah sampai kat taiko, aku terus kena beleter. Sebab lambat sangat sampai. Lepastu taiko tanya aku 'awat lambat sampai?'. Dan aku pun jawab la ikut jalan kuala gula saja ronda2. Then dengan selamber taiko ku jawab 'hg ni tak abis2 dok cari hantu. Bagi kawin dengan hantu la senang hg ni. Nk bwak ubat kat sapa pun xtau nak ubah hobi hg ni, aku pun tersenyum kambing dengar dia berleter macam tu. Kami pun pulang selepas aku dah amik taiko aku. So, itulah ceritanya.. So, di sini saya ingin berpesan kepada semua kalau kita terjumpa setan. Jangan lari dan takut dan menangis gila2 hingga kita boleh dimasukinya. Kalau jadi macam tu kita rilex. Kalau tengah bawa kereta kita stop kereta. Kalau tengah bawa moto park moto dan turun dari moto dan gunakan senjata kita. Okay saya nak bagi tips. Baca ayatul kursi 9 wakaf dan doa penghindar syaitan. Lepas habis baca kita tiup dengan kuat ke arah setan itu. Comfom hilang. Kalau setan tu tak hilang dia akan terbakar depan kita. 
Jadi, sampai situlah cerita ku. Terima kasih kerana sudi membaca. Salam w.b.t

No comments:

Post a Comment